Wellcome To My Tone Radio

My Tone Radio dilancarkan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli MTR berhibur dan bersantai bersama sahabat-sahabat di ruang siber. Tidak kira jauh atau dekat kita dapat berhubung setiap hari dan masa.

Kita boleh berbicara apa saja selagi tidak menyentuh sensitiviti individu yang lain. Kehormonian dan kemesraan menjadi prinsip utama MTR. Di ruang siber ini kita tidak lagi dibatasi usia, pangkat, harta dan juga rupa.

MTR bersama anda 24 jam dengan lagu-lagu yang dimuatkan secara auto DJ dan juga diputarkan oleh DJ2 MTR. Tujuan kami hanya satu iaitu menghiburkan anda. Tanpa anda MTR tiada maknanya. Teruskan bersama kami MTR radio online anda.





Tahniah Kepada Ahli My Tone Radio Yang Ke 100

Admin MTR mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Mimie Loma Salmi kerana anda adalah ahli yang ke 100 didalam group FB MTR. Tahniah dan terima kasih  juga kepada Kembara Mahkota kerana anda telah menambah ahli ke 100 didalam group FB MTR. Teruskan bersama kami di My Tone Radio sokongan anda amat kami hargai JOM Layannn......

SELAMAT BERHIBUR BERSAMA KAMI DI MY TONE RADIO

Salam semua sahabat2 dan warga My tone Radio Group, kami amat menghargai diatas sambutan anda terhadap radio MTR. Walaupun baru 2 hari kami bersiaran percubaan namum sambutan di luar jangkaan kami. Jika ader salah dan silap semasa kami bersiaran pihak kami mohon ribuan ampun dan maaf. Di harap anda semua akan terus berhibur bersama kami. Sekian terimakasih